cepat daftar untuk menjadi agen topup bersama ezytopup..dengan modal yang paling rendah...

Tuesday, March 23, 2010

sebagai pengurus projek buatku pening..

ahhh..kali ini aku diberi tugasan sebagai seorang pengurus projek perumahan..alangkah bertuahnya jika dalam realiti.. aku betul-betul seorang pengurus projek kan..tp semua tu hanya sekadaR khayalan saja..ermmm sebenarnya tugasan yang aku dapat ni adalah salah satu assigmentku dalam subjek major aku iaitu pengurus projek pembangunan..subjek ini benar-benar mencabar kemampuanku untuk menjadi seorang pengurus..dalam subjek ini ada pengiraan so kita kena mahir dari segi kiraan..

dalam subjek ini pensyarah yang mengajar adalah dua orang iaitu dr azima dan dr suraiya..dua-dua pempuan..ermmm aku suka dengan kedua-dua pensyarah ini..jadi bermula la episod tugasan ini dalam menyiapkan assgmnt yang diberikan..tugasannnya ialah andan diberi tanah 100 Hektar so bagaimana nak menggunakan tanah itu dlam aspek pembangunan based kepada perumahan..tp sume ini bergantung pada kreativiti ..so dalam tugasan ini diberikan dalam group selama 5 orang..haa nmpak macam senangkan..tapi sebenarnya rumit benda ni..perlu berjumpa dengan pelbagai orang..adessss...dah la assgmt lain pun banyak..

untuk menyiapkan tugasan ini mengambil masa hampir 1 sem..lama kan..tapi group2 aku ni punyalah lambat last2 minit baru terkejar-kejar nak buat..hari ni bru nk buat kiraan brapa buah rumah yang dapat dibina jika dengan keluasan 100 Hektar.

arrhh!!!..nak kira satu hal..kena tahu kaki persegi,keluasan rumah..semuala macam arkitek la pulak..tapi xpe seharian aku dgn kekwan membuat kiraan akhirnya dapt walaupun tidak sepenuhnya..nk tahu ape..ak cuma dapt keluasan rumah je..dan brape buah yang perlu ada dengan keluasan 100 hektar tu..tapi anggarn tu blum tepat lagi..menurut maklumat yang aku dapt kalu bnglo 1 ekar dapt muat 4 biji banglo..kalau teres 2 tingkat dalam 10 biji..ye ke..ermm xpe2 nnti kita siapkan bru tahu brape..k kita sambung lagi di masa akan dtng..

Sunday, March 21, 2010

Tentang Diri ini..

Assalamualaikum..selamat sejahtera dan salam perpaduan kepada semua pembaca blog ini dan juga kekawanku sekalian..sebagai pembuka bicara aku ingin memperkenalkan sedikit tentang diriku ini..namaku diberi ialah siti juhazimah jusoh dan kekawanku memanggilku dengan panggilan nama azie..aku merupakan anak sulong dalam keluargaku..dan mempunyai adik beradik yang boleh dikatakan ramai iaitu seramai 9 orang...aku dilahirkan pada 15 feb 1987..dan sekarang umurku 23 tahun..tempat tinggal aku di jerteh terengganu..

Aku adalah salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia..yang mengambil jurusan sains pembangunan di UKM..tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada dalam kampus ini..selama tiga tahun aku menuntut di sini semata-mata untuk meraih segulung ijazah dan juga menimpa ilmu untuk masa hadapan..dan selama tiga tahun lah diri ini berjauhan dengan keluarga yang tersayang..

Akulah adalah seorang kakak yang penyayang dalam keluargaku..walaupun aku tidaklah seramah orang lain tetapi aku sangat mengambil berat hal ehwal adik-adiku...dalam keluarga adik-adikku memanggilku Along..maklum la kan..gelaran Along seperti itu sentiasa diberikan kepada mereka yang lebih tua daripada adik-adik mereka dan aku juga tidak terkecuali..dengan gelaran itu..ermm sebagai anak sulong ini besar tanggungjawabnya kan..




Syurga Dunia

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar, syurga dunia harianku dan tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku....dan selepas ini syurga ku akan bertambah bila ku berada dalam dunia pekerjaan..di mana syurga dunia kita boleh menikmatinya tanpa halangan..sedangkan syurga di akhirat nanti belum tentu kita akan menikmatinya..sesungguhnya hidup ini perlulah kita melengkapkan diri kita sebagai orang islam yang beriman agar kita mampu untuk menikmati syurga yang mempunyai kenikmatan yang tiada tolak bandingnya semasa syurga di dunia..dan syurga di akhiratlah yang kekal selamanya..."

assalamualaikum..

Hari ini bermula la coretanku dalam blog ini..tujuan blog ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman, maklumat dan lain2..sbenarnya ku bru berjinak2 dengan blog ini..so ak tidak mahir lagi selok belok untuk mncantikkan blog ni..ermm tp insyallah saya akan update dari semasa ke semasa blog ini..k kita jumpe lagi di masa akan datang..wait me...