cepat daftar untuk menjadi agen topup bersama ezytopup..dengan modal yang paling rendah...

Tuesday, November 30, 2010

...permulaan...

salam buat pembuka bicara....sudah lama ku tidak mengupdate blog ini....hampir 6 bulan sepi je blog tanpa n3....haa nak tahu ape yang berlaku sepanjang 6 bulan ini... huhhh!!!banyak perkara yang nk diceritakan..maklumlah sudah lama xberbicara dalam alam fantasi ini..sekarang aku bukan lagi bergelar seorang siswazah...alhamdudillah akhirnya aku berjaya mengenggam segulung ijazah setelah 3 tahun bergelar siswazah di ukm...so bermula la kehidupan baru dalam mencari kehidupan yang lebih mencabar...

Thursday, April 15, 2010

..exam..

jeng..jeng..jeng...upsss!! asyk2 buka blog..esok nk exm sempat lagi duk mgadap bende ni..hihihi, nk wt cmner otak da xboley nk fokus my stdy..baca ape pun xmsuk daa..so kiTA rilex dlu dngn mgupdte blog ini..kan..kan..kat sini ak nk cakap ape yea..ermm sbnryna ak da xtau nk bc ape tuk exm sok..hrp2 pe yg ku stdy mlm ni dpt jwb exm sok!!..haa esok exm Analisi ruang Pembangunan..hohohoho...dh ready ke!!!insyllah ak dh ready punye...hrp2 boley jwb cemuanya..

Tuesday, April 13, 2010

..Selagi Masih ada dia Dihati...

Sakitnya hati bila kita dilukai..perlukah aku melalui semua kesakitan ini sedangkn dia happy dengan khidupannya..kenapa kesetiaan yang kita bagi tidak sedikitpun dihargai..kenapa kesetiaan dan kejujuranku ini dibalas dengan kecurangan dan pembohongan..knp setiap insan yng setia sentiasa diuji sebegini rupa...perkenalanku dengan dia sangat singkat..tanpa mengenalinya dengan lebih lama aku terus menyukainya dan merima cintanya..sedangkan aku sebelum ini sukar untuk didekati oleh seseorg..tp kehadiran dia mampu membuka pintu hatiku untuk menerima kehadiran seseorang dlm hidup ini..sedangkan sudah ramai insan2 lain yg cuba mendekatiku tetapi tidak seorg pun mampu mencuri hatiku ini..wlupun ada dikalangan mereka telah lama kukenali tp aku xdpt merimanya..tp dia sebaliknya..itulah yg pelik dalam diriku..hanya dia dpt mencuri hatiku...

Inilah kali pertama ku menyayangi seseorang dlam hidup ini..adakah itu dinamakan cinta..ak u sangat myayanginya...kerana dialah insan pertama yg hdir dlm hdupku dan mampu membuka pintu hatiku..dan telah mencuri hatiku ini..dlm hatiku hanya ada dia shj..tiada yg lain..aku stia padanya..tp alangkah hncur dan pedihnya hati ini bila kesetiaan dan kejujuran yg diberi tdk dihargai..akhirnya hubgn ak dgn dia sepi tnpa brita..dia mghilng tnpa dpt dikesan...betapa sakitnya hti ini..sukar untukku terima kyataan ini...sehingga saat ini ak tdk dpt menerima khdiran insan lain dlm hdup ini..ingin sekali kucuba merima khdiran insan lain tp ak xmmpu untuk mnyayngi org lain seperti mn ku menyayngi dia..

Haz, sudahla lupakan dia...tidak ada mknanya kau mengingati dia...biarla dia dgn kehidupannya..dan cubala beri peluang pd diri sendiri untuk kebahagianmu dan buka hati kau itu pada orang lain..tiba2 ak terserntak dgn teguran sue..ermm aku akn cuba melupakannya sue..tp sukar untukku melkukanya dan ianya perlu mengmbil masa yg lama...dan aku akn cuba menerima insan lain tp..entahlaa..adakah insan tu mampu membuka hati ini..tp sue siapakah yg berjaya menakluki hati ini..ak ingin sekali disayangi sperti org lain..tp ak xmampu mmbri hati ini pada org lain..krn ak takut sue..takut dilukai lg..tkut untuk menyayangi..ak tkut dgn ksih syg dan kesetiaanku ini xdhargainya.." haz, insyallh kau akan jumpa insan yg benar2 myayangimu dan mcintaimu seadanya..cuma lambat dan cepat"...aku percaya Allah itu maha adil..Haz,aku pecaya ada insan yg akan mampu mencuri dan memiliki hatimu..

Terima kasih sue..kerna kau selalu berada dismpingku disaat aku dalam kesedihan..tanpa kehadiran kamu semua xmungkin ak dapat lalui semua ini..ak masih lg memerlukan teman untuk sntiasa mnemaniku..drp trus mengingatinya...kerna kwn2ku semua aku mmpu ceria dan happy...wlpun hati ini dlm kesedihan..tdk siapa yg thu..tntg hati kecil ini...kuberdoa moga suatu hri nnti ak benr2 dpt melupakannya..

Sunday, April 11, 2010

Today..

Arhhh..kenapa dgnku hri ini..bila nk focus stdy je..rasa mgantuk mula mguasai diri ini..mcmna ni..esok exm..byk lg yg blum dibaca note2 ni...ya Allh..tahan la mta ni drp mgntuk dah secawan ak minum nescaffe tp rsa mgntuk xilng2...ajie...ajie...u must be strong k..dun gve u must to stdy 4 ur exm..ok2 ak msti stdy lwn rasa mngtuk..ni..

akhirnya dapt jugak ak hbiskan stdy untuk exm esok..mlm ni smbug stdy lagi..cmner nk hbs stdy..asyik buka blog aje..bkn ape lau focus stdy je nnti bowing gak..ni smpingan je bka blog..nk mluahkan ape ygku rasanya je..hihihi..esok exm kol 3.30-5.00pm..ermm tp cm relax je..kekawn ku sume duk stdy ak je stdy cam main2 je..ish2 ajie..ajie.. ko xbole cmtu k..ini thn akhir..so ko kena buat terbaik..ni pluang terakhir nk dptkan result yg bgus..lain kali dah xde peluang da..(semngat kata2 mindaku)..yup!!! ak akn buat yg terbaik..doa2kanlah spya ak dpt buat yg terbaik utk exm kali ini..ishh da da da...skrang tgglkan blog dlu tuk smntra..kita tumpukan masa tuk stdy dulu ye jie..okla kpd kwn2 ku yg akn mghdpi exm semoga kamu bole jwb dgn baik..selamat mjwb exm kpd semua STUDENT UKM...all the best..all the best!!!!...


Kata Dari Hati kecil ini..

Setiap orng mempunyai hati yang tulus dan ikhlas...tp jangan disangka bhwa setiap orng itu mempunyai hati sperti itu...tp alangkan bahgia dan bersyukurnya kita seandainya jika semua manusia mempunyai hati tulus dan ikhlas..dan mseti dunia ini aman..xkan ada peperangan, pembunuhan, kejahatan dn sbgainya...tp itulah yg sedng berlaku di dunia hari ini...adakah itu sume tanda2 dunia akan kiamat..

Ohh..selagi kta masih bernyawa dan diberi peluang untk menikmati kehidupan di dunia ini jgn sesekali kta lupa dengan pegangan kita..iaitu agama kita sebagai umat islam..wlaupun ak tdaklah sealim org yg beriman tp ak tahu pganganku sebagi org islam..ingin sekali ak mncontohi para nabi dan wanita2 solehah..ingin sekali ak ingin jdi seperti siti khadijah dan siti aishah istri Nabi Mohammd s.a.w..yg mempunyai hati yg tulus ikhlas dan suci..

Kutahu tidak semua orang mampu memiliki hati yg bersih..termasuklah insn kerdil sprtiku ini..ku telah berusaha untuk menjdi seorang yg insan yg diredhai oleh-Nya..kuberdoa supaya diri ini sntiasa mempnyai hati yg baik yg tidak mempunyai hasat dengki pd org lain..kuberdoa agar ak sentiasa dijauhi perkara2 yang dilarang..kuberdoa agar ak mampu menjdi seorng insan yg disenangi oleh masyarakat..kucuba untuk mnjdi seorg yang mesra dengan sesiapa shaja..kuharap diri ini dijauhi drpd melukai hati orng lain terutama org tuaku..kuingin mempunyai hati yg penuh dengan kasih sayang..semoga hati ini sentiasa dilindungi drp segala kemungkaran..amin..

..Minggu Stdy week..


kali ini..kuingin bercerita tentg minggu stdy week..haa...kpd mereka2 studnt UKM..mggu stdy week 28-11 hb 4..selama smggu diorg cuti tuk stdy week sblom exm..termasuk ak skli..tp ak..bila time stdy week bkn nya stdy tp myiapkan asgmnt yg msih lom ciap2 lg..terutama tesis ku..dngn smgt nk siapkan asgmnt skli dgn tesis akhrnya siap jugakk..tp tesis ku blom siap lg..cuma tggu komen dr penyeliaku...hrp2 kali ini xde yg kena komen lg..da penat nk edit blik..huhu..tp ak pcya pasti mesti kena komen..xpe2 tggu n lihat je ape akn jd nnti...

alamak hari exm smkin dekat tp stdy lom lg..spnjg mggu stdy week ak duk melepak kat blik kwan je..bkn mlepak bnda yg xberfaedah yea..tp untk buat kerja smbil bkngsi mklmt..sambil2 tu stdy jugak..biasala kan thn akhir kna ambik ksempat utk bsama nga kekwan..ermm tiap2 mlm bersama dgn kwn2 ku diruang tamu..smbil mmbuat tesis..ha itula rutin harianku spnjg mggu stdy week..buat tesis n asgmnt..hah!!..akhirnya..sehari seblum exm bru la ak btul2 stdy...risau la...ishh..

haa..org lain time stdy week blik kg..trmasuklah adikku pun blik kg...klu diikutkan hati mau aje aku blik kg..tp keadaan xmengizinkan kerna kerjaku msih byk lom siap..wlpun hti ini ingin skli mnjenguk org tua..uhh sedihnya..tp xpe dgn adenya hdphne ni...skurg2nya rinduku pd kluarga trubat..nk djadikan cerita..sbenarnya ak hari2 menelefn ibuku..spnjg ak brada di UKM ni..ermm itulah pkara yg xpnh ak abaikan..wpun sesibuk mna pun ak akn cb call ibuku..tp kekadng ak ter miss jgak calll diorg ats ksibukn ku..tp apa yg pentig ak xpnh lupa kedua2 org tuaku..ak percaya stiap org sume cmtukan..

ermm...hri ni hr last mggu stdy week..dan esok bermula la mggu exm..esok ak exm...hope ak dpt jwb..dah la esok exm prjek pegurusn pembangunan..subjek tu ssh gak..erm tp ak pcya insyalh ak dpt jwb..wlpun last2 mnit ak stdy..hehehe....doa2kanlah ak dpt jwb kengkawan..semoga korang sume pun dpt jwb dengan jayanya..

Friday, April 9, 2010

oh projek Rumahku..


hallo..hallo..ini sambungan tentng asgmnt ak iaitu pgurus projekkk...ish stelah semggu ak cuba siapkan assgmnt projek perumahan untuk dibntang..akhirnya dengan kerjasama groupku kerja ini akhirnya siap...uhhh..hmpir smggu ak buat kerja sampai lewat mlm..akhirnya assgmnt ni telah dibentang..alhmaddullha walaupun ianya tidak mendapat full mark tp ia berbaloi dengan tugasn yg kitorang buat ni..bila difikir2 balik memang susahkan seorang pengurus projek untuk handle kerja ni..sume kna ambik..tp seronok dengan subjek ni sbbnya ia mendedahkan kita kepada situasi sebenar mcamna kita nk menjadi seorang pengurus yang bagus danj uga seorang pemaju yang mempunyai daya pemikiran yg kritis untk mghasilkan setiap projek itu mndapat pulangn yg banyk..klau la ak btul2 seorang pemaju dengan adanya keluasan tanah 100 hektar..uhhh kaya la ak..ley jd jutawan...cewwwahhh...angan2 la pulak..

tp xpe biarla angan2 mana la tau klau satu ari nnti ade rezeki untuk menjadi pengurus..bole la apply ape yg pnh kita blaja kan...sekurang2nya de pgalaman jugak..hihihi..eh entah pape la aku ckp ni...tp pe yg ak ckp ni ada btul jugak..hohoho..buat kwn2 cosmate ak mudah-mudahan korang menjadi seorng pngurus yang mempunyai etika yg baik seperti mana kita belajar semasa dlm kuliah..dan ingatla pesan lect kita jgnla kita terlalu memntingkan keuntungan semata2 tp jgan abaikan kebajikan masyarakat sekliling..

Tuesday, March 23, 2010

sebagai pengurus projek buatku pening..

ahhh..kali ini aku diberi tugasan sebagai seorang pengurus projek perumahan..alangkah bertuahnya jika dalam realiti.. aku betul-betul seorang pengurus projek kan..tp semua tu hanya sekadaR khayalan saja..ermmm sebenarnya tugasan yang aku dapat ni adalah salah satu assigmentku dalam subjek major aku iaitu pengurus projek pembangunan..subjek ini benar-benar mencabar kemampuanku untuk menjadi seorang pengurus..dalam subjek ini ada pengiraan so kita kena mahir dari segi kiraan..

dalam subjek ini pensyarah yang mengajar adalah dua orang iaitu dr azima dan dr suraiya..dua-dua pempuan..ermmm aku suka dengan kedua-dua pensyarah ini..jadi bermula la episod tugasan ini dalam menyiapkan assgmnt yang diberikan..tugasannnya ialah andan diberi tanah 100 Hektar so bagaimana nak menggunakan tanah itu dlam aspek pembangunan based kepada perumahan..tp sume ini bergantung pada kreativiti ..so dalam tugasan ini diberikan dalam group selama 5 orang..haa nmpak macam senangkan..tapi sebenarnya rumit benda ni..perlu berjumpa dengan pelbagai orang..adessss...dah la assgmt lain pun banyak..

untuk menyiapkan tugasan ini mengambil masa hampir 1 sem..lama kan..tapi group2 aku ni punyalah lambat last2 minit baru terkejar-kejar nak buat..hari ni bru nk buat kiraan brapa buah rumah yang dapat dibina jika dengan keluasan 100 Hektar.

arrhh!!!..nak kira satu hal..kena tahu kaki persegi,keluasan rumah..semuala macam arkitek la pulak..tapi xpe seharian aku dgn kekwan membuat kiraan akhirnya dapt walaupun tidak sepenuhnya..nk tahu ape..ak cuma dapt keluasan rumah je..dan brape buah yang perlu ada dengan keluasan 100 hektar tu..tapi anggarn tu blum tepat lagi..menurut maklumat yang aku dapt kalu bnglo 1 ekar dapt muat 4 biji banglo..kalau teres 2 tingkat dalam 10 biji..ye ke..ermm xpe2 nnti kita siapkan bru tahu brape..k kita sambung lagi di masa akan dtng..

Sunday, March 21, 2010

Tentang Diri ini..

Assalamualaikum..selamat sejahtera dan salam perpaduan kepada semua pembaca blog ini dan juga kekawanku sekalian..sebagai pembuka bicara aku ingin memperkenalkan sedikit tentang diriku ini..namaku diberi ialah siti juhazimah jusoh dan kekawanku memanggilku dengan panggilan nama azie..aku merupakan anak sulong dalam keluargaku..dan mempunyai adik beradik yang boleh dikatakan ramai iaitu seramai 9 orang...aku dilahirkan pada 15 feb 1987..dan sekarang umurku 23 tahun..tempat tinggal aku di jerteh terengganu..

Aku adalah salah seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia..yang mengambil jurusan sains pembangunan di UKM..tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada dalam kampus ini..selama tiga tahun aku menuntut di sini semata-mata untuk meraih segulung ijazah dan juga menimpa ilmu untuk masa hadapan..dan selama tiga tahun lah diri ini berjauhan dengan keluarga yang tersayang..

Akulah adalah seorang kakak yang penyayang dalam keluargaku..walaupun aku tidaklah seramah orang lain tetapi aku sangat mengambil berat hal ehwal adik-adiku...dalam keluarga adik-adikku memanggilku Along..maklum la kan..gelaran Along seperti itu sentiasa diberikan kepada mereka yang lebih tua daripada adik-adik mereka dan aku juga tidak terkecuali..dengan gelaran itu..ermm sebagai anak sulong ini besar tanggungjawabnya kan..




Syurga Dunia

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar, syurga dunia harianku dan tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku....dan selepas ini syurga ku akan bertambah bila ku berada dalam dunia pekerjaan..di mana syurga dunia kita boleh menikmatinya tanpa halangan..sedangkan syurga di akhirat nanti belum tentu kita akan menikmatinya..sesungguhnya hidup ini perlulah kita melengkapkan diri kita sebagai orang islam yang beriman agar kita mampu untuk menikmati syurga yang mempunyai kenikmatan yang tiada tolak bandingnya semasa syurga di dunia..dan syurga di akhiratlah yang kekal selamanya..."

assalamualaikum..

Hari ini bermula la coretanku dalam blog ini..tujuan blog ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman, maklumat dan lain2..sbenarnya ku bru berjinak2 dengan blog ini..so ak tidak mahir lagi selok belok untuk mncantikkan blog ni..ermm tp insyallah saya akan update dari semasa ke semasa blog ini..k kita jumpe lagi di masa akan datang..wait me...